![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5aXW_c4xg-b1CF_lrGc6aExFICIis-V5ZMcC3bzmJvbvFAp1HmTrcWmDM6TUVS1c3qczOA9fQJ9ZNwxerseOKLiu0RSIeJ_RQGYoIgdciDwSg-kUni1Y1SAOKj1r0KohaZvFUdKYwLoE/s1600/180570_113587712050724_100001984872196_98861_5833482_a.jpg)
JAMAN SAIKI MASIH ANA BELI YAH???
SISTEM EKONOMI DALAM ISLAM
Pengertian Ekonomi Menurut Islam
Ekonomi adalah segala kegiatan yang
berkaitan dengan usaha-usaha yang bertujuan untuk memenuhi segala keperluan
hidup manusia. Dalam pengertian masa kini, ekonomi ialah satu pengkajian
berkenaan dengan kelakuan manusia dalam menggunakan sumber-sumber untuk
memenuhi keperluan mereka.
Dalam pengertian Islam pula, ekonomi
ialah satu sains sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi manusia yang
didasarkan kepada asas-asas dan nilai-nilai Islam. Ekonomi Islam adalah
sebahagian daripada asas kepada masyarakat dan negara Islam. Kedua-duanya tidak
boleh dipisahkan dan pada kedua-dua asas inilah terhubung jalin sistem sosial
Islam.
Asas-asas Sistem Ekonomi Islam
Dan carilah pada apa yang telah
dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu
melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada
orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu
berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang
yang berbuat kerusakan.
(Al-Qasas: 77)
Daripada ayat di atas terdapat
beberapa asas ekenomi Islam, di antaranya:
- 1. Allah Pemilik Segala Sesuatu
Allah memberikan kekayaan kepada
manusia dan Dia adalah pemilik sebenar segala sesuatu.
Kepunyaan-Nya-lah semua yang ada di
langit, semua yang di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di
bawah tanah. (Taha: 6)
- 2. Kekayaan di Dunia adalah untuk Mencari Kehidupan Akhirat
Manusia mestilah menggunakan
kekayaan yang diperolehinya di dunia untuk mendapatkan kehidupan yang baik dan
sejahtera di Akhirat kelak.
“Ahli peniaga yang jujur lagi amanah
adalah bersama-sama para nabi, para siddiqin dan para syuhada’.” (Bukhari)
- 3. Bahagian di Dunia Tidak Boleh Diabaikan dalam Mendapatkan Akhirat
Manusia tidak boleh mengabaikan
bahagiannya di dunia ini. Manusia hendaklah bekerja sekuat-kuatnya untuk
mendapatkan kebaikan di dunia dengan cara yang paling adil dan dibenarkan oleh
undang-undang.
Hai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan
janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang
yang melampaui batas. Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang
Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman
kepada-Nya. (Al-Maidah:87-88)
- 4. Tetap Berlaku Adil kepada Sesama Manusia
Manusia mestilah berlaku baik
terhadap sesama manusia. Hendaklah mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap
masyarakat dan membantu orang-orang yang berada dalam kesusahan dan kesempitan.
Maka berikanlah kepada kerabat yang
terdekat akan haknya, demikian (pula) kepada fakir miskin dan orang-orang yang
dalam perjalanan. Itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang mencari keridaan
Allah; dan mereka itulah orang-orang beruntung. (Ar-Rum:38)
- 5. Tidak Boleh Melakukan Sebarang Kerosakan
Manusia mesti mengelakkan dirinya
daripadamelakukan pebuatan-perbutan dosa yang termasuk dalamnya
kegiatan-kegiatan mencari hasil kekayaan yang tidak adil, membazirkan
sumber-sumber dan hasil-hasil kekayaan serta melakukan penipuan dalam
perniagaan.
Dan janganlah sebahagian kamu
memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan
(janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat
memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat)
dosa, padahal kamu mengetahui.
(Al-Baqarah: 188)
Prinsip-prinsip utama ekonomi Islam
- 1. Hak milik peribadi
Islam memperakui pemilikan hak
perseorangan dan menempatkan hak ini di tempat yang paling sesuai dengan
manusia. Malah Islam menetapkan bahawa hata dan mi;ik peribadi adalah antara
lima perkara daruri yang wajib dilindungi syariat. Fitrah ini berdasarkan
kepada firman Allah:
Dijadikan indah pada (pandangan)
manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita,
anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan,
binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan
di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). (Ali imran: 14)
Perakuan Islam terhadap hakmilik
peribadi tidaklah bererti ia membiarkan manusia bebas tanpa sebarabg ikatan dan
peraturan. Syariat Islam menetapkan peraturan-peraturan yang kukuh dan berkesan
untuk meletakkan perakuan hak milik peribadi di atas jalan yang sentiasa
seiring dengan fitrah manusia yang baik dan bukan pula mengikut hawa nafsu yang
buruk.
- 2. Kebebasan mencari sumber pendapatan
Islam memberikan kepada setiap orang
hak kebebasan dalam menetukan corak kehidupannya dan memilih kerja-kerja yang
diminatinya asalkan tidak bertentangan dengan syariat Islam. kepelbagaian dalam
memilih pekerjaan dan sumber pendapatan masing-masing akan mewujudkan
kepelbagaian dalam hasil negara dan keperluan masyarakat.
Kebebasan mencari sumber pendapatan
dalam Islam adalah berdasarkan kepada firman Allah:
Apabila telah ditunaikan sembahyang,
maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah
Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. (Al-Jumuah:
10)
- 3. Keadilan sosial
Kegiatan ekonomi adalah sebahagian
daripada ruang lingkup Islam yang syumul. Islam bertujuan untuk menegakkan
keadilan, oleh itu salah satu asas utama sistem ekonomi Islam juga untuk
menegakkan keadilan. Keadilan sosial yang hendak ditegakkan oleh sistem Islam
bersih daripada sebarang slogan yang kosong dan bebas daripada kekeliruan. Ini
kerana keadalan dalam Islam mempunyai asasnya yang tersendiri, iaitu di atas
dasar taqwa dan makruf.
- 4. Hak pewarisan
Di antara prinsip yang ditetapkan
oleh Islam dalam memperolehi hak-milik ialah melalui hak pewarisan. Setiap
orang yang memiliki harta berhajat untuk menjamin hidup ahli keluarganya dan
berusaha agar harta yang ada padanya tidak habis. Maka kerana itulah hak
pewarisan ini adalah prinsip yang tinggi nilainya dalam sistem ekonomi. Dalam
Islam, hak pewarisan adalah salah satu alat yang utama bagi mencapai keadilan
sosial dalam masyarakat. Di atas dasar inilah undang-undang pewarisan Islam
menjadi suatu undang-undang yang unik dan tidak terdapat dalam sistem-sistem
lain.
Ciri-ciri utama sistem ekonomi Islam
- 1. Sistem ekonomi Islam adalah sebahagian daripada sistem Islam yang Syumul
Salah satu ciri yang menonjol dalam
sisttem ekonomi Islam ialah kegiatan ekonomi mempunyai hubungan yang rapat
dengan sistem Islam yang syumul sama ada dari segi aqidah mahupun syariatnya.
Sistem ekonomi Islam tidak boleh dipisahkan daripada dasar-dasar aqidah dan
nilai-nilai syariat Islam. di segi aqidah, sistem ekonomi Islam dilandaskan
kepada hakikat bahawa Allah adalah Pencipta dan Pemilik alam semesta seperti
firman Allah:
Tidakkah kamu perhatikan
sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan) mu apa yang di langit
dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan
di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu
pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan. (Luqman: 20)
Sementara di segi syariat pula ia
menghubungkan sudut-sudut muamalah sesama manusia.
Apa saja harta rampasan (fai-i) yang
diberikan Allah kepada Rasul-Nya yang berasal dari penduduk kota-kota maka
adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin
dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan hanya beredar di
antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu
maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertakwalah
kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya. (Al-Hasyr: 7)
- 2. Mewujudkan keseimbangan di antara kepentingan individu dengan kepentingan masyarakat
Dalam sistem ekonomi Islam
kepentingan individu dan kepentingan masyarakat adalah sehaluan dan selari,
bukannya bertentangan di antara satu sama lain sebagaimana yang dirumuskan oleh
sistem-sistem lain. Untuk mewujudkan keseimbangan ini, sistem ekonomi Islam
memberi kebebasan bagi anggota masyarakat untuk terlibat dengan berbagai-bagai
jenis kegiatan ekonomi yang halal di samping menyelaraskan beberapa bidang
kegiatan tersebut menerusi kuasa undang-undang dan pemerintahan.
Tujuan Ekonomi Islam
- 1. Menunaikan sebahagian daripada tuntutan ibadah
Mengambil kira asas-asas dan ruang
lingkup ciri-cirinya, nyatalah tujuan ekonomi Islam adalah bersifat ibadah dan
melaksanakannya bererti melaksanakan sebahagian daripada tuntutan ibadah yang
menyeluruh. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu tidak keluarkan
satu nakah pun yang kamu caridi jalan Allah melainkan kamu diberi pahala
kerananya, sekalipun nafkah yang kamu berikan untuk isterimu.” (Bukhari, Muslim)
Roh disebalik semua kegiatan ekonomi
Islam ialah taawun atau kerjasama. Oleh itu sesiapa yang membantu
saurara-saudaranya dan masyarakatnya semata-mata untuk mendapatkan keredhaan
Allah, maka itu merupakan satu ibadah.
- 2. Menegakkan keadilan sosial dan ekonomi dalam masyarakat
Kegiatan ekonomi yang
berteraskan kepada kesaksamaan serta menghapuskan penindasan dan penipuan
adalah satu sistem yang benar-benar dapat menegakkan keadilan sosial dan
ekonomi dalam masyarakat. Di atas dasar inilah Islam membenarkan jual beli dan
mengharamkan riba dan segala jenis penipuan.
Sistem ekonomi yang berteraskan
kepada kerjasama dan kesaksamaan akan mewujudkan rasa kasih sayang, sifat
tanggungjawab dan tolong-menolong di antara satu sama lain. Kesan daripadanya
bukan sahaja individu-individu dapat menanurkan pembangunan dirinya, malah
negara-negara dapat bantu-membantu dalam memenuhi kemaslahatan seluruh umat
manusia.
- 3. Menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadaan guna tenaga penuh serta kadar perkembangan ekonomi yang optimum
Dalam pengertian ekonomi sebagai
satu amanah Allah ke atas kaum muslimin, maka di antara tujuan ekonomi dalam
Islam ialah untuk menghapuskan ataupun mengatasi masalah kemiskinan, mewujudkan
peluang pekerjaan dan mengekalkan kadar pertumbuhan yang optimum dan susuai
menurut perkembangan kebendaan dan kerohaniaan masyarakat.
- 4. Mewujudkan kestabilan barangan sejajar dengan nilai matawang
Sistem ekonomi mewujudkan kestabilan
pasaran melalui sikap setiap anggota masyarakat yang tidak mementingkan diri
sendiri serta sentiasa bersedia membantu dan berkorban demi kepentingan anggota
masyarakat yang lain. Harga sesuatu barangan di pasaran meningkat atau
dinaikkan kerana kekurangan sumber bahan ataupun kerana bertambah permintaan
biarlah dengan sebab yang betul dan di atas dasar yang makruf dan munasabah dan
bukan unyuk mengongkong atau menyempitkan kehidupan masyarakat.
Pelaksanaan sstem ekonomi Idlam yang
merupakan kesatuan terhadap asas-asas sosio-ekonomi dan politik ini bertujuan
mengimbangkan nilai matawang dengan pulangan barangan dan perkhidmatan yang
diperolehi oleh setiap anggota masyarakat; malah di antara negara-negara di dunia.
- 5. Mengekalkan keamanan dan kepatuhan terhadap undang-undang
Rasatidak puas hati manusia dalam
sesebuah masyarakat lantaran pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dan
aktiviti-aktiviti yang diarahkan hanya untuk menguntungkan pihak-pihak
tertentu, akan membawa pelbagai gejala yang bahaya kepada manusia.
Asas-asas ekonomi Islam bersandarkan
kepada tuntutan tuntutan iman dan akhlak serta sedikit kuatkuasa undang-undang.
Namun dalam pengertian sistem akhlak Islam yang sebenar, tuntutan-tuntutan
akhlak ini tidak dapat dilaksanakan secara teguh tanpa bernaung di bawah satu
sistem yang mempunyai kewibawaan untuk menegakkan undang-undang. Dengan
kesyumulan sistem-sistem Islam inilah, tujuan ekonomi dalam mewujudkan
kepatuhan orang ramai terhadap undang-undang serta mengekalkan keamanan
tercapai.
- 6. Mewujudkan keharmonian hubungan antarabangsa dan memasikan kekuatan pertahanan negara
Menurut Islam, keharmonian hubungan
antarabangsa wujud di atas dasar kerjasama sosial dan ekonomi, bukan di atas
penindasanterhadap keduanya sebagaimana yang berlaku pada hari ini. Sebab
itulah Islam juga tidak menganggap bahawa pertahanan negara hanya bergantung
kepada semangat keimanan atau bilangan tenaga tentera yang ramai tetapi
kekuatan pertahanan juga bergantung kepada kekuatan ekonomi, sama ada dari
sudut produktiviti yang tinggi ataupun pandangan musuh yang sentiasa gerun
terhadap negara Islam sendiri.
Atas dasar ini Allah memerintahkan
kaum muslimin agar bersip sedia dengan apa sahaja kekuatan yang dapat
menimbulkan rasa takut musuh teradap mereka.
Dan siapkanlah untuk menghadapi
mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat
untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah,
musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang
Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan
dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan). (Al-Anfal:60)